Lupa kata laluan?

Isi data di bawah
bagi mendapatkan kata laluan yang baru.

Thank You

Are you a current Kiehl's customer?

Welcome!

We have upgraded our Customer Portal!
Update your details with us or sign up if you are new to Kiehl's!

Are you a current Kiehl's customer?

Welcome!

Please fill in your details below
for your new Kiehl's account password.

Serum

Serum Muka – Untuk Serapan Kelembapan Hingga Jauh Ke Dalam Kulit

Tidak seperti pelembap biasa yang hanya menangani kekeringan di bahagian permukaan kulit, Serum muka yang mengandungi ramuan aktif dapat menembusi lapisan kulit untuk memberi  manfaat yang sepenuhnya. Dengan menggandingkan serum muka kedalam rutin skincare, anda akan dapat melihat kesan yang ketara terhadap kulit anda. Dengan menggunakan serum secara kerap, pelbagai faedah dapat dinikmati termasuklah kulit yang lebih cerah dan berseri, tekstur kulit yang lebih mulus serta peningkatan tahap kelembapan yang ketara.

Kekal Remaja Dengan Serum Anti-Aging

Elakkan tanda-tanda penuaan dengan Powerful-Strength Line-Reducing Concentrate dari Kiehl’s. Dengan rumusan terbarunya yang mengandungi 12.5% Vitamin C, ia dengan jelas menyingkirkan garis usia serta kedutan. Selain itu, Asid Hyaluronic membolehkan kulit menikmati kelembapan yang maksima, sekaligus memperbaiki tekstur dan memuluskan kulit.

Precision Lifting & Pore Tightening Concentrate adalah merupakan satu lagi serum anti penuaan (anti-aging serum) yang dirumus untuk mengembalikan elastisiti kulit. Ia menegangkan kulit wajah sambil mengecilkan pori bagi memberikan kemulusan kulit yang lebih ketara. Serum ini juga mengurangkan garis usia dan kedutan dengan Micro-Filtered Yeast Extract dan Geranium Essential Oil.

Serum Pencerahan Kulit (Skin Brightening Serum) Bagi Wajah Yang Lebih Berseri

Produk tersohor dan paling digemari pelanggan Kiehl’s - Clearly Corrective Dark Spot Corrector, sememangnya terbukti berkesan menyingkir bintik hitam dan meratakan tona kulit sambil mengembalikan keserian. Bebas dari paraben, pewarna dan silicon, gunakan serum pencerah ini secara harian bagi mengurang dan mengelakkan pembetukan bintik hitam serta ketidakrataan tona wajah.

Bagi mengekalkan keserian kulit, gunakan Daily Reviving Concentrate kami. Ekstrak minyak semulajadi seperti Ginger Root, Sunflower dan Tamanu menangani kelesuan kulit bagi kesan berseri sepanjang hari. Oleh kerana ia merupakan minyak muka (face oil) bebas bahan komedogenik ,ia tidak akan membuatkan porikulit anda tersumbat, biarpun dengan penggunaan secara harian.

Serum Pelembab Yang Mengembalikan Kesegaran Kulit

Nikmati transformasi kulit kusam dan lesu dengan Hydro-Plumping Re-Texturizing Serum Concentrate. Teknologi “liquid-to-serum”-nya membantu menangani masalah kekeringan kulit berikutan peningkatan usia dengan memberikan kelembapan yang tertinggi hingga lapisan kulit yang terdalam. Mengandungi 15% Glycerin berasaskan tumbuhan, ia meningkatan kapasiti untuk mengekalkan kelembapan kulit bagi penampilan yang lebih mulus serta lembut.

Serum Pemulihan Kulit Semasa Sedang Tidur

Nikmati pemulihan kulit semasa anda beradu dengan Midnight Recovery Concentrate. Dirumus dengan botanical tersuling serta miyak esensial tulen (pure essential oil), pemulihan akan berlaku sewaktu anda sedang berehat. Bangun pagi dengan wajah yang jelas, lebih segar serta sihat dengan eliksir ini.

Bagi menikmati tekstur kulit yang halus lalu menampilkan kesan yang lebih mulus dan remaja, gunakan Dermatologist Solutions: Nightly Refining Micro-Peel Concentrate. Diperkaya dengan ekstrak sekam Quinoa (Quinoa Husk Extract), ia mempercepatkan penghasilan sel baru serta pengelupasan kulit yang kusam.

Kembalikan Kesegaran Kulit Dengan Serum Muka

Dapatkan rangkaian serum kami secara online di Kiehl’s Malaysia. Untuk sebarang pertanyaan, hubungi Customer Service Team kami di [email protected]

TOP